Day 253: Blind Testing Hermo Event #HermoBigBangSurpriseMY

Assalamualaikum!

Hello readers! Last week Iza dapat jemputan ke event yang dianjurkan oleh Hermo Malaysia. Event tu ialah Blind Testing Event untuk satu produk baru yang akan masuk ke Hermo.
This is my first time to join this kind of event, so macam excited la jugak. So basically, sampai-sampai kena register than boleh masuk and tunggu the rest sampai. Dekat meja dah standby mystery box and questionnaire untuk jawab lepas test produk.


Lepas semua dah sampai dorang explain apa yang kitorang kena buat. Dia tanya few questions dalam questionnaire tu sebelum buka mystery box tu. Semuanya berkaitan mascara, so Iza teka memang mascara la ni. Rupanya betul, bukak kotak ada mascara dalam tu.
Semua orang kena buang mascara yang memasing dah pakai and apply mascara yang baru dapat ni dekat sebelah mata. Owh by the way, kitorang memang tak tau brand apa. Nama pun blind test. Hahah.




First Iza bukak mascara tu Iza terkejut tengok brush dia sebab brush dia lain dari mascara yang Iza pernah pakai. Hahah. Sorry la Iza bukan mascara fan. Mind set Iza mascara ni susah nak remove. Pakai la remover power pun. Memang leceh. Tu yang jadi tak berkenan pakai mascara.
Tapi mascara ni brush dia Iza perasan dia lembut and boleh bend pulak tu. Macam mascara biasa brush dia kasar macam brush yang kita selalu guna untuk kening tu. Brush mascara ni dia macam silicon pun ada.




Bila Iza apply mascara ni dia soft je and senang nak apply. Dia tak bersepah macam mascara Iza sebelum ni and tak berkumpul kat bulu mata. Impressive! Pastu Iza perasan jugak mascara macam ringan. Lepas dah pakai tu tak rasa macam pakai mascara. Not bad la kan. And nampak la dia add more volume dekat lashes Iza. So semua tu dorang minta jawab dalam questionnaire tu.
Lepas dah selesai jawab dorang bagi door gift. Dapat voucher Hermo RM30, neck pillow and slipper. Nice kan. Seronok jugak pergi event macam ni. Hahah.





So kalau nak tau apa brand mascara tu kena tunggu 2 Feb ni. Iza akan join Unveiling Event dia pulak. Nanti Iza update lagi ok?

Thanks for reading. Till we meet again!

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular